Mawi ke Palestin tapi gerun bila melihat... (6 gambar)

Pada: Isnin, 3 Ogos 2015
Baru-baru ini Mawi ada pergi membuat lawatan ke Palestin dan Israel kemungkinan atas kunjungan misi kemanusian. Selain itu Mawi sempat pergi melawat ke tempat-tempat bersejarah dalam Islam seperti masjid Al-Aqsa dan masjid Buraq.

Bahkan sehinggakan Mawi merasa terkejut dan gerun kerana ada seorang pemuda bersenjata M16 berkawal di pasar sekitar sana.

“Kita biasa dengar tentang bahaya dan bermacam lagi cerita mengenai keadaan di dua negara ini tetapi apabila saya sampai di sana, ia sebenarnya berbeza dengan apa yang sering digambarkan. Apa yang boleh saya katakan, temnpat-tempat tersebut suasananya harmoni dan persekitarannya bersih”

“Bayangkan, Tel Aviv suasananya seperti di Singapura, bersih. Kami masuk ke negara tersebut melalui Jordan. Saya bersama 10 kru saya dan selebihnya adalah ahli rombongan yang hendak pergi bercuti.

“Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Cuma, setibanya kami di sempadan Tel Aviv, kami menjalani pemeriksaan ketat dan ditahan lebih kurang tiga jam. Kami dimaklumkan kerana masalah pasport sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan,” -Mawi

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..