Jaclyn selamat melahirkan anak sulong (gambar bayi)

Pada: Jumaat, 28 Ogos 2015
Tahniah kepada Jaclyn Victor kerana selamat melahirkan anak sulung berjantina lelaki pada 24 Ogos lalu. Menurut laman Instagram Jaclyn, bayinya itu masih belum diberi nama dab dilahirkan dengan berat 3.48 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara.

"Saya dan suami sangat gembira untuk mengumumkan kelahirannya. Saya dan bayi dalam keadaan sihat.

"Terima kasih atas ucapan dan doa semua untuk bayi kami," katanya.
-gambar TheHive.Asia

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..