Inikah kekasih Afgan Syah Reza? dia adalah...

Pada: Jumaat, 14 Ogos 2015
Afgan Syah Reza akui rapat dengan penyanyi wanita senegaranya iaitu Raisa Andriana, tetapi menolak dakwaan mengatakan mereka sedang bercinta. Afgan berkata dia mengenali Raisa sejak zaman persekolahan lagi.

Hubungan mereka menjadi semakin akrab kerana berkongsi minat sama.

"Saya akui memang rapat dengan Raisa kerana kami sering bertukar pendapat dalam bidang muzik. Malah, kami juga berduet untuk sebuah lagu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

"Berat untuk saya mengulas lebih lanjut berhubung perkara ini kerana jujur saya katakan kami memang bersahabat baik. Benar, kami pernah keluar berdua untuk menonton wayang tetapi sebagai teman biasa saja.

"Saya pasti akan berkongsi kepada peminat seandainya saya sudah mempunyai kekasih. Malah, peminat saya juga kini lebih terbuka menerima teman wanita saya berbanding ketika awal kemunculan dulu," katanya kepada BH Online.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..