Hisyam Hamid disahkan buta akibat kemalangan ngeri..

Pada: Rabu, 12 Ogos 2015
Kasihan dengarnya pelakon Hisyam Hamid kini buta disebabkan kemalangan kapal terbang terhempas dan ditambah pula dengan hilang ingatan.

Sebelum itu Hisyam dikatakan diselamatkan oleh seorang wanita bernama Suraya ketika kemalangan itu yang terdampar di sekitar hutan dekat Langkawi.

Ini semua adalah babak untuk drama 137 episod, Memori Cinta Suraya yang disunting semula dari drama bersiri Mexico, A Love to Remember. Manakalah, Hisyam membawa watak sebagai Megat Rayyan.

“Di awal cerita, Rayyan mengalami satu kemalangan yang mengakibatkan dirinya buta dan hilang daya ingatan. Rayyan diselamatkan oleh Suraya (Anzalna) dan Suraya menjaga Rayyan sehingga Rayyan sembuh,”

“Dalam 20 episod pertama, saya bawakan watak orang buta. Jadi saya banyak merujuk kepada siri A Love to Remember serta banyak melihat pergerakan orang buta untuk menjayakan karakter tersebut,” kata Hisyam petikan portal Murai.

Drama ini akan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 17 Ogos ini di Astro Bella dan Astro Mustika HD dengan turut dibintangi oleh Anzalna Nasir, Afiq Muiz, Miera Leyana.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..