Fezrul Khan sah cerai talak satu..

Pada: Jumaat, 21 Ogos 2015
Pelakon Fezrul Khan mengesahkan jodohnya dengan isteri Noorhafizah Zulkafli, 31, tidak panjang selepas kedua-dua mereka bercerai dengan talak satu.

Lafaz cerai dilakukan Fezrul di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada Rabu, 19 Ogos lalu  .

Fezrul bagaimanapun enggan menjelaskan berhubung punca perceraian itu.

"Hmmm... Ya. Sejak semalam (bercerai) di Mahkamah Hulu Langat.

"Selebihnya saya tidak boleh bercakap sekarang. Saya belum bersedia," -Fezrul
Fezrul dan Noorhafizah mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2012. Setahun selepas itu pasangan tersebut mendapat seorang anak lelaki iaitu Farrel Khan yang kini berusia dua tahun. -mStar

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..