Erma mahu bercerai, Bade enggan bercerai.. ini jawapan mahkamah..

Pada: Jumaat, 28 Ogos 2015
Erma Fatima difahamkan enggan meneruskan niatnya untuk bercerai dengan suaminya, Bade Azmi. Namun buat Bade dia enggan menceraikan Erma.

Semalam, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur memetik mStar, memerintahkan kedua-duanya melantik jawatan kuasa pendawai jika tidak dapat diselesaikan.


Kes tertangguh sehingga 7 Oktober akan datang dengan dihadiri keluarga atau kenalan kedua-dua pihak untuk penyelesaian dan menyiasat sekiranya wujud shiqa' (perbalahan berpanjangan) dalam rumah tangga mereka.

Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1990 dan memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain berusia sembilan tahun.

Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang.

Hasil perkahwinan itu mereka mendapat anak lelaki hujung tahun lalu yang bernama Jihad, berusia enam bulan.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..