Di manalah kamu letak otak? - Ras Adiba bengang sebab...

Pada: Ahad, 16 Ogos 2015
Ras Adiba Radzi Bengang Kereta Dihimpit Dalam Parkir OKU
Ras Adiba Radzi telah melepaskan kemarahannya di Facebook dengan sikap sesetengah orang ramai yang menyalahgunakan kemudahan tempat parkir kereta untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

Ras Adiba Radzi yang juga merupakan seorang OKU setelah lumpuh separuh badan memuatnaik sekeping gambar memaparkan keadaan yang menimpanya hari ini.


Berdasarkan gambar menunjukkan sebuah kereta jenis toyota Altis telah menyelit diantara keretanya dengan sebuah kereta lain menyebabkan doa tidak dapat keluar dari kereta.
“Di manalah kamu letak otak? Bagaimana saya hendak keluar daripada kereta saya!

“Saya terperangkap, tak dapat keluar daripada Volvo putih,ishh sabar jer lah.”

“Semua orang tolong jadikan viral, lebih baik jika berita dia, dia mungkin lupa bawa otak sekali bila keluar rumah… haiyo!” katanya.
Sudah menjadi kebiasaan sekarang pemandu cukup lengkap sifat badan meletakkan kenderaan di ruang khas parkir untuk golongan OKU terutamanya di pusat membeli belah.

Ras Adiba Radzi Bengang Kereta Dihimpit Dalam Parkir OKU

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..