Apa sudah jadi dengan hubungan gadis Terengganu? ini jawab Zizan..

Pada: Selasa, 4 Ogos 2015
Zizan Razak baru-baru ini saling berdolak dalih untuk memberitahu dan menjawab hubungannya terkini dengan gadis Terengganu yang bakal dikahwininya itu lagi. Bahkan ada ura-ura mengatakan yang hubungannya dengan gadis itu tidak kesampaian atau belum ada apa-apa lagi kesahihan.

Dan tanggapan Zizan mengenai itu adalah biarlah dia merahsiakan hal ini semua seperti yang dipetik daripada portal mStar semalam.
"Soal siapa yang akan berkahwin dengan saya sebenarnya saya nak rahsiakan. Buat masa ini biarlah ia menjadi rahsia dan kalau sampai jodoh saya akan beritahu.

"Ia adalah rahsia saya bersama keluarga dan ia adalah bagi melindung privasi saya. Biarlah wanita itu menjadi tanda tanya sama ada dia wujud atau tidak,"

"Semua yang pernah dilaporkan bukan keluar dari mulut saya, malah gambar wanita yang tersebar itu pun saya tidak pasti mereka ambil dari mana?

"Perkara ini tidak perlu dirisaukan kerana apabila sampai jodoh nanti sampailah. Saya minta pihak media dan peminat-peminat untuk mendoakan yang terbaik buat saya dan pasangan nanti," Zizan

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..