Anak sulung Ridzuan Hashim, Didie Alias kahwin (3 gambar)

Pada: Ahad, 9 Ogos 2015

Ridzuan Hashim atau nama sebenar, Mohd Ridzun Hashim, 54, dan bekas isterinya, Didie Alias, 41, terima menantu sulung dalam majlis di Shah Alam, semalam, 8 Ogos 2015 memetik laporan HarianMetro

Anak sulung mereka, Nur Dhaniyah, 22, selamat diijabkabulkan dengan Mohd Razi Shahriman Sabari, 29, tepat 10.30 pagi. Nur Dhaniyah menerima wang hantaran RM15,000 dan mas kahwin, RM300 berserta tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki.

Mereka juga dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan dengan sekali lafaz.


"Saya tidak melihat pada kedudukan, harta dan wang ringgit dalam memilih kriteria menantu. Saya menilai pada ilmu agamanya.

"Saya mahu anak perempuan saya bertemu jodoh dengan lelaki yang boleh membimbing mereka di dunia dan akhirat. Itu saja," katanya.
-Foto Bharian

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..