Abam kini dah kurang berat badan sebab tidak merokok lagi..

Pada: Ahad, 2 Ogos 2015
Pelawak Abam (Bocey) mendedahkan berat badannya mula menunjukkan penyusutan ketara selepas mula mengamalkan diet dan mengambil pemakanan sihat sejak Disember tahun lalu.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 27, berkata, dia juga telah berhenti daripada mengambil nasi sebagai karbohidrat dan lebih tertumpu kepada sayuran dan buah-buahan selain membuang tabiat merokok dan ia turut membantu dalam proses mengurangkan berat badannya.

Abam memberitahu dia sebelum ini saiz pinggannya berukuran 58 sentimeter dan kini turun kepada 52 sentimeter.

"Pada awalnya memang sukar apabila saya mengambil keputusan untuk tidak lagi mengambil nasi tetapi Alhamdulillah kini saya sudah terbiasa tidak makan nasi.

"Diet yang betul dan pemakanan sihat banyak membantu dalam penurunan berat badan selain senaman bersesuaian,"

"Alhamdulillah setakat ini saya disiplin dalam memastikan pemakanan yang diambil seimbang dan tidak berlebihan," -Abam petikan portal mStar

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..