Zizan Razak marah Shaheizy Sam di set shooting...

Pada: Rabu, 29 Julai 2015
Pelakon Shaheizy Sam dikhabarkan mengambil keputusan menolak tawaran berlakon dengan pelawak Zizan Razak walaupun mereka berdua bakal muncul dalam sebuah filem aksi, Polis Evo.

Semuanya bermula apabila dalam salah satu utama menerusi filem Polis Evo, Zizan Razak dikatakan telah bertindak kasar menegur dan memarahi Shaheizy Sam sewaktu di set penggambaran.

Tapi semuanya hanya rekaan semata-mata yang telah dirancang oleh pihak produksi sewaktu mereka berdua bergandingan untuk menyelamatkan seorang wanita yang dikenali dengan nama Maya yang terperangkap ketika rumahnya terbakar.

Menurut Zizan Razak, adegan pertelingkahan dengan Sam adalah antara babak paling sukar dilakukan memandangka ia adalah kali pertama dia berhadapan dengan situasi tersebut, lebih-lebih lagi apabila melibatkan pelakon hebat seperti Sam.

Malah Shaheizy Sam sempat berjenaka Polis Evo merupakan filem terakhir dia bergandingan dengan Zizan Razak kerana tindakan pelawak kelahiran negeri Terengganu memarahinya. -AstroGempak

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..