Tudung Zara Zya tidak laku sebab dia tak bertudung..

Pada: Rabu, 22 Julai 2015
Pelakon Zara Zya terpaksa memeperlahankan perniagaan tudungnya kerana kurang mendapat sambutan peminat berbanding produk makanan.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 30, berkata, perkara tersebut disebabkan ramai pembeli tidak gemar membeli tudung yang dijual artis yang tidak memakai tudung.
"Saya perlahankan penjualan tudung kerana sambutan agak kurang, mungkin mereka tak suka artis yang tidak bertudung menjual tudung. Lagi pula saya sibuk dengan produk makanan dan tiada orang yang uruskan tudung itu,"
Bagaimanapun, Zara berkata, dia menumpukan perhatian kepada penjualan biskut raya dan sambal yang lebih mendapat sambutan peminat-peminatnya. -mStar

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..