Tidak patut rasanya drama ini dipersalahkan jika.. -Ziela Jalil

Pada: Khamis, 2 Julai 2015
Penerbit drama Ziela Jalil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang dengan beberapa adegan dalam drama terbitannya, Dia Isteri Luar Biasa yang dianggap terpesong daripada ajaran agama Islam.

Ziela berkata, dia mengambil komen-komen tersebut secara positif namun menyifatkan drama-drama penerbitannya itu masih lagi ada unsur-unsur teladan yang boleh diambil contoh.
"Apabila bercakap tentang hukum hakam Islam, saya tidak mengiakan benda yang salah dan tidak menghalalkan cara. Kalau nak ikutkan, banyak benda yang kita tidak boleh buat dalam drama.

"Bukan senang... Sebagai contoh, saya seorang ibu seronok melihat kepulangan anak lelakinya. Kalau seronok, takkan nak berdiri dan tunjuk mimik rasa gembira sahaja. Mesti kena peluk sebagai tanda sayang dan rindu.

"Bagaimanapun segala kritikan yang diberi saya terima dengan fikiran terbuka dan akan lebih berhati-hati menghasilkan drama pada masa akan datang,"
 Ini kerana terlalu banyak adegan mesra secara berlebih-lebihan lakonan Fathia Latiff dan Shukri Yahya sebagai suami-isteri sehingga menimbulkan rasa kurang senang penonton apatah lagi drama itu ditonton bersama anak-anak.

Individu berkenaan turut berkata, drama-drama seperti itu mampu merosakkan akidah kanak-kanak yang masih lagi belajar ilmu agama dan boleh mengundang kekeliruan antara ajaran dan drama yang dipaparkan sedangkan pelakon tersebut bukanlah suami-isteri di luar drama.

Sementara itu, Ziela berkata, golongan penerbit sepertinya tidak patut dipersalahkan sekiranya ada kanak-kanak rosak akhlak dan ia tiada kaitan langsung dengan drama tersebut.
"Tidak patut rasanya drama ini dipersalahkan jika akhlak anak-anak itu tidak baik. Bukan Dia Isteri Luar Biasa sahaja, tetapi juga drama-drama lain.

"Saya percaya pembentukan akhlak anak-anak bermula daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri," tegasnya lagi memetik portal mStar

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..