Tahniah! Salleh Yaacob timang anak ke-13 (gambar)

Pada: Jumaat, 10 Julai 2015
Salleh Yaacob, 54, telah menimang cahaya mata yang ke-13 hasil perkongsian hidup bersama isterinya yang ke-4 iaitu Samihah Sheikh Amy, 29.

Untuk rezeki kali ini, Salleh dikurniakan bayi perempuan yang merupakan anak pertama buat Samihah. Bayi perempuannya dilahirkan secara kaedah Caesarean Section di salah sebuah hospital di ibu negara.

Menurut Salleh Yaacob, bayi perempuannya ini ingin diberi nama Ellis Daina binti Mohd Salih namun masih belum diputuskan lagi sama ada mahu menggunakan nama ini atau pun tidak.

Selain Samihah, Salleh mempunyai 3 isteri yang lain iaitu iaitu Norlizah Mamat, 50, Norraha Hamat, 46 dan Norfara Wahida Sulaiman, 36, yang hidup dalam keadaan harmoni dan bahagia. -Sinarharian

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..