Siti Salehah okey jika berlakon adegan intim!

Pada: Selasa, 14 Julai 2015
Pelakon Siti Saleha memberitahu dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau batas ketika melakonkan adegan intim dalam mana-mana drama lakonannya.

Siti Saleha, 25, berkata, apa yang dilakukannya ketika di lokasi penggambaran hanya sekadar lakonan semata-mata dan ia adalah seperti yang diminta pengarah.
"Setakat ini saya hanya beri lakonan seperti apa yang diminta pengarah dan tidak ada bataskan apa-apa.

"Saya harap orang ramai faham dengan situasi itu dan tidak menghentam saya balik. Apa yang dipaparkan dalam drama itu hanya lakonan sahaja dan kami tidak buat apa-apa pun, malah itu semua di hadapan semua krew produksi," ujarnya
Malah, dalam filem televisyen (FTV) Cinta Paling Agung lakonannya bersama pelakon Aaron Aziz turut mempunyai adegan berpelukan di atas katil ketika babak malam pertama perkahwinan mereka.

Filem tayangan Astro First Eksklusif itu bakal disiarkan sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, Siti Saleha berkata, dia tetap menghormati pasangan gandingannya seperti Aaron sebagai seorang lelaki yang sudah beristeri. -sumber mStar

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..