Sheera Iskandar bakal berkahwin Ogos ini (6 gambar bakal suami)

Pada: Khamis, 30 Julai 2015
Pelakon, Sheera Iskandar bakal menamatkan zaman bujangnya pada bulan Ogos nanti dengan memilih seorang chef bernama Doul Harun yang dikenalinya sejak 4 tahun lalu.

Akui Sheera, mereka dikatakan hanya berkawan biasa sehinggalah ke hari ini memetik portal Murai.

“Sebenarnya pihak lelaki terlebih dahulu datang merisik saya pada Mei lalu dan berbincang mahu bertunang pada Ogos depan.

“Tetapi entah bagaimana pada Ramadan baru-baru ini, tiba-tiba sahaja kedua-dua belah pihak setuju untuk kami terus bernikah sahaja dan tidak perlu membazir mengadakan majlis tunang bulan depan.

“Oleh sebab itu, kami sendiri belum ada tarikh tertentu lagi untuk pernikahan kami kerana masih memikirkan kesesuaian dan kelapangan keluarga kedua-dua belah pihak.

"Tapi In Sha Allah, ianya akan berlangsung pada bulan hadapan.

“Malah majlis itu akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja kerana ianya hanya nikah gantung dan kami akan menjemput pihak media dan rakan-rakan yang rapat pada majlis kami nanti sahaja,” -SHeera

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..