Sebab tiada anak punca perceraian Raja Farah?

Pada: Khamis, 9 Julai 2015

Pelakon Raja Farah terkilan apabila segelintir pihak masih menyalahkan dirinya dengan menganggap ketiadaan anak sebagai punca perpisahan dia dengan bekas suami iaitu Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, pada 25 Mei lalu.

Raja Farah atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz, 27, berkata, perkara tersebut bukan punca sebenar kegagalan hubungan mereka, sebaliknya keputusan perceraian dibuat selepas tiada lagi persefahaman.
"Saya sedih bila baca komen di blog-blog hiburan terdapat segelintir masyarakat masih menyalahkan saya dalam perpisahan ini dengan mereka melemparkan kata-kata yang saya tidak mampu beri anak.

"Sebenarnya itu semua bukan sebab kami berpisah, namun saya tidak boleh dedahkannya kerana menghormati arahan mahkamah syariah. Apa yang boleh saya beritahu ialah kami tiada persefahaman lagi," ujarnya kepada mStar Online.
Raja Farah Raja Aziz, 27, bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu bercerai dalam prosiding tertutup di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 25 Mei 2015.

Dalam pada itu, Raja Farah berkata, permasalahan rumah tangganya bermula pada tahun ketiga perkahwinan apabila mereka mengambil keputusan untuk tinggal berjauhan.
"Pada tahun pertama dan kedua tiada masalah sehinggalah apabila kami mula berjauhan. Dari situ, satu persatu masalah timbul.

"Mungkin betul juga kata orang kami berkahwin pada usia yang terlalu muda dan ketika itu masih belum matang," ujarnya.
Dalam pada itu, Raja Farah mengakui keluarga mertuanya masih belum boleh menerima perpisahan yang berlaku.

Bagaimanapun dia tetap menganggap mereka sebagai ahli keluarga sehingga akhir hayatnya.
"Hubungan dengan keluarga mertua agak dingin, mungkin mereka perlu masa untuk terima perpisahan ini. Namun saya tetap anggap mereka seperti ibu bapa saya sendiri. Kalau ada kelapangan saya mungkin akan menziarahi mereka," katanya.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..