Sebab Mimi tidak tinggal bersama suami..

Pada: Khamis, 30 Julai 2015
Mimi One Nation Emcee mengakui yang dia dengan suaminya, Firdaus masih lagi tidak tinggal bersama dan kini berasingan walaupun sudah bernikah pada 16 Mei yang lalu.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui, kenapa Mimi masih tinggal berasingan. Setelah bernikah, 12 hari kemudian ayahnya telah meninggal dunia. Lalu Mimi meminta keizinan suaminya untuk tinggal berasingan agar dapat menenangkan fikiran dan hal keluarga selepas pemergian ayahnya memetik laporan Bharian semalam.
"Selain sibuk dengan urusan keluarga, saya juga kini sibuk dengan kerja di studio. Jadi saya minta kebenaran daripada suami agar dapat berikan saya sedikit masa untuk uruskan hal keluarga dan kerja. "Tapi setiap hari kami akan berjumpa kerana suami menguruskan kerjaya saya. Cuma kami masih belum tinggal sebumbung.

"Insya-Allah kami sedang merancang ke arah itu malah suami juga kini sedang sibuk mencari rumah yang sesuai buat kami.

"Sejujurnya saya masih berat untuk meninggalkan keluarga tapi pada waktu sama saya harus fikirkan perasaan suami, apa pun saya akan berusaha membuang kesedihan itu dan cuba jalani hidup berumah tangga seperti pasangan lain," katanya.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..