Sebab mengapa Syatilla Melvin kini berambut pendek.. (37 gambar)

Pada: Jumaat, 24 Julai 2015
Ramai tertanya-tanya kenapa Syatilla Melvin kini berambut pendek. Namun Syatilla menafikan dia berbuat demikian atas sebab putus cinta kepada seorang pelakon popular iaitu Shaheizy Sam tapi kerana dia sudah lama berhajat demikian.

"Sebenarnya saya sejak kecil lagi tidak pernah berambut pendek. Sudah lama saya menyimpan niat untuk memotong pendek rambut ini tetapi pelbagai perkara bermain di benak fikiran ini. Risau tidak kena dengan bentuk muka dan sebagainya.

"Ada juga yang turut menanyakan kepada saya sama ada saya putus cinta atau kecewa kerana memotong rambut pendek sebegini namun bagi saya kenapa tunggu sehingga putus cinta untuk potong rambut kan? "Saya memotong rambut kerana begitu gembira dengan kehidupan. Sekali gus membuang dan enggan menoleh lagi kisah lampau. Ini satu kepuasan buat diri saya," ujar Syatilla kepada BH Online.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..