Nur Fazura selar individu Instagram dengan Iblis!.. (4 gambar)

Pada: Isnin, 27 Julai 2015
Rozita Che Wan telah memuat naik kembali gambar anak lelakinya, Aniq Ezra di akaun Instagram beliau. Gambar itu pada asalnya bertujuan untuk mengucapkan "selamat bergembira" kepada anak lelakinya yang sedang bercuti di Singapura.

Dalam gambar asal, anak lelaki Rozita Che Wan telah menulis caption yang berbunyi "When n**s say I'm lucky , I say that I'm blessed" di akaun Instagramnya

Pelakon jelita Fazura telah membuat teguran secara terbuka kepada Che Ta tentang penggunaan perkataan 'n' itu di ruangan komen Instagram Che Ta.


Tetapi tiba-tiba seorang peminat yang menggunakan nama @kick.your.ass telah menyindir dan memperli Fazura, kononnya Fazura seorang yang hipokrit dan dengki.

Apa lagi, naik anginlah pelakon jelita itu. Mungkin kerana terlalu marah, kata-kata yang agak kesat telah dituliskan oleh Fazura dalam ruangan komen kepada peminat tersebut.

Kalau kita sebut perkataan 'n' itu di luar negara, nescaya kita akan dituduh sebagai rasis. Itulah apa yang Fazura ingin sampaikan dalam teguran tersebut. Tetapi teguran ikhlas itu disalah anggap pula. Siapa yang tak marah? -SAYS.COM

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..