Nora Danish bertudung untuk majlis berbuka puasa Safi (14 gambar)

Pada: Ahad, 5 Julai 2015

Nora Danish ada menyimpan hasrat untuk berhijab seperti dilakukan beberapa artis popular namun dia belum memutuskan perkara itu dalam waktu terdekat. Nora berkata, biarlah keputusan berhijab itu dibuat dengan ikhlas tanpa sebarang paksaan mana-mana pihak.

"Saya memang ada berhasrat untuk berhijab kerana sebagai muslim ia sesuatu yang wajib untuk dilakukan tetapi biarlah ia betul-betul ikhlas dari hati dan bukan kerana permintaan pihak lain atau peminat.

"Berhijab ini kalau boleh kita ingin pakai buat selama-lamanya, jadi saya pun dalam proses untuk sucikan hati dan bersedia ke arah itu satu hari nanti,"

"Nedim tidak pernah menyuruh dan dia juga tidak ada masalah kalau saya ingin bertudung. Biasanya kalau saya bertudung dia akan puji cantik dan muat naik di Instagram miliknya," ujar Nora.
Nora dan Hanis Zalikha selaku duta Safi Rania Gold yang tampil berhijab pada majlis berbuka puasa Safi Ramadan Al-Mubarak, di Hotel Royale Chulan, ia adalah bagi menghormati majlis berbuka puasa dan solat terawih yang dilakukan bersama tetamu.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..