Nor Albaniah penyanyi 90an masih awet muda (44 gambar)

Pada: Rabu, 8 Julai 2015

Lama tidak kedengaran sebarang gosip tentang aktres popular lewat 80-an dan 90-an, Nor Albaniah Raffie meskipun masih giat berlakon dalam drama dan telemovie tempatan. Nor Albaniah yang lebih mesra disapa Nor kini menjalani penggambaran telemovie berjudul Pelepas Saka. Sebelum ini, Nor Albaniah juga memegang watak antagonis yang menjadi kebencian penonton dalam drama bersiri Cinta Ibadah berasa puas hati kerana berjaya menimbulkan perasaan benci penonton terhadap lakonan berkesan beliau. Nor Albaniah mula dikenali dalam filem Kolej 56 pada tahun 1988 dan seterusnya popular dengan lakonan beliau dalam filem Adik, Main-Main Hantu, Ops Cegah Jenayah (OCJ) dan Kekasih Awal dan Akhir.


Nor Albaniah yang dilahirkan pada tahun 1970 (kini berusia 45 tahun)  di Perak pernah melalui detik hitam dalam hidupnya apabila mengalami kemalangan ngeri yang mengorbankan suami beliau, Sudarman seorang bekas pelumba kereta pada tahun 1996 di Bukit Antarabangsa. Nor Albaniah masih lagi bergelar balu dan tabah membesarkan anak gadis beliau, Syarra yang kini berusia 20 tahun.

Kini berusia 45 tahun, Nor Albaniah yang digelar aktres sensasi dan seksi pada zaman kegemilangan beliau, masih lagi berjiwa muda dan mengancam! Dengan susuk tubuh beliau persis anak dara, Nor Albaniah masih lagi kelihatan cantik dan bergaya dengan fesyen up-to-date. Mari kita enjoy gambar-gambar terbaharu Nor Albaniah.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..