Maya Karin akui miliki harta bernilai RM8 juta!

Pada: Selasa, 7 Julai 2015
Dengar khabar yang pelakon, Maya Karin mengakui telah harta atau aset bernilai RM8 juta Ringgit hasil pelaburan hartanah. Dan ini memungkinkan yang Maya antara selebriti terkaya di Malaysia.

“Sememangnya untuk menyertai pelaburan dalam bidang hartanah mempunyai cabaran besar khususnya daripada segi mendapatkan pembiayaan dari pihak bank dan menguruskan pembayaran semula yang mana saya perlu bijak mengatur langkah bagi memastikan modal dikeluarkan mampu memberi pulangan serta tidak merugikan”

“Salah satu sebab saya memilih menceburkan diri dalam industri hartanah kerana rumah adalah satu keperluan dan kita juga ada mendengar atau membaca laporan mengenai golongan artis veteran yang tidak mempunyai kediaman sendiri”

“Atas sebab itu, saya memikirkan pada satu hari nanti sekiranya berlaku sesuatu, sekurang-kurangnya ada kediaman untuk berlindung,” Maya Karin petikan sisipan Harian Metro.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..