Linda Hashim kini hamil anak ke-2 (gambar)

Pada: Rabu, 8 Julai 2015
Tahniah kepada Linda Hashim yang dikhabarkan kini berbadan dua sejak Mei lalu. Dan dalam pada masa yang sama tidak kembali aktif setelah anak yang terkini yang dikandungnya itu sehngga berusia 2 tahun kelak.
"Pada mulanya saya rancang untuk kembali aktif selepas Jelita (anak pertama) berusia dua tahun, tetapi terpaksalah saya tangguhkan niat itu kerana sekarang mengandung anak kedua pula.

"Sebenarnya bagus juga, kerana biar dua anak saya besar barulah saya fokus kepada kerjaya, kalau saya sudah aktif baru hamil nanti terpaksa berehat sekali lagi. Buat masa ini biar dua (orang) dahulu,"

"Alhamdulillah, tiada banyak masalah atau alahan seperti anak pertama dahulu (Jelita Clarissa , 4 bulan), saya pun tidak ada mengidam apa-apa setakat ini.

"Saya masih amalkan minum air zamzam, cuma sekarang sukar untuk dapatkan air tersebut. Pembekal yang dahulu juga beritahu saya agar lebih berhati-hati beli air zamzam kerana banyak yang tiruan.

"Jadi saya hanya kirim pada kawan-kawan yang pergi ke Mekah sahaja," -Linda petikan portal mStar

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..