KPDNKK bakal siasat Pereka Fesyen, Fairuz Ramdan sebab.. PANAS!

Pada: Rabu, 29 Julai 2015
Ni admin dapat email daripada seorang yang mahu dikenali sebagai Shasha. Dia telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada pereka fesyen terkenal, Fairuz Ramdan yang dikatakan gagal untuk memenuhi kehendak pelanggan sehinggakan pelanggannya membuat laporan KPDNKK.

Ini lah antara isinya itu..

Salam,

Saya di sini ingin bercerita sikit mengenai pereka fesyen terkenal Fairuz Ramdan. Kalau tengok Maharaja Lawak mesti selalu tengok Dato AC akan pakai baju Fairuz Ramdan ni, yang ada logo berbentuk Bear dekat depan.

Awal tahun ni, saya pun pergi la ke kedai Fairuz Ramdan ni dekat Mutiara Damansara untuk menempah jaket, kemeja dengan beberapa helai t-shirt untuk saya dan anak. Mula-mula masa menampah pakaian saya dijanjikan baju akan siap pada masanya dan juga design semua ikut apa yang telah saya bincangkan dengan Fairuz.

Tapi tunggu punya tunggu sampai hari saya nak pakai jaket tu pun masih belum siap lagi. Seminggu lebih lepas tu baru siap, itu pun saya kena push dia orang. Lepas siap dan dah bayar duit full dekat dia, buka-buka jacket tu dari beg jacket tengok jacket yang dibayar RM 1,400.00 tu jahanam! Design yang diminta dibuat lain, jacket tu besar tak ikut ukuran, lining dalam semua kotor, kolar pun dijahit singkat. Hantar balik dekat dia orang, suruh kecilkan ½ inci last-last dia orang kecikan 2 inch, pergi balik pargi balik dari bulan Februari sehingga sebelum Raya, dia orang tak buat apa-apa pun, last-last sampai jahanam langsung jacket tu. Lepas tu mula-mula Fairuz janji nak bagi refund,bila hari nak ambil refund dia tak nak bagi pula. Dia suruh pula saya contact dia untuk discuss padahal dia yang sepatutnya contact customer dia ataupun beri refund seperti yang telah dijanjikan.Last sekali oleh kerana saya terlalu Fedup dekat pelbagai alasan yang diberikan oleh Fairuz, saya telah membuat laporan dengan KPDNKK untuk mendapatkan gantirugi penuh untuk baju tersebut.

Bukan setakat itu sahaja, kemeja yang saya dan kawan tempah pun dibuat tah apa-apa, dah la berbulan lewat, baju besar, bila dikecilkan, jahanam lagi. T-shirt yang saya tempah pun sama, lain yang diminta lain yang dibuat dan bayaran yang dikenakan mahal sekali and tidak patut dengan kualiti yang diberikan.

Saya betul-betul kecewa dan tidak puas hati dengan Fairuz Ramdan ni, nama glamour, baju dipakai artis, harga mahal tapi bila tempah baju, kualiti langsung taka da. Fairuz ni pula time ambil order kita cakap terus dengan dia, bagitau apa semua yang nak, lepas tu lepas ambil order semua dia serahkan dekat staff dia bulat-bulat. Lepas order masuk, deposit pun dah dapat dia tak kisah langsung apa yang jadi dengan pakaian yang ditempah tu. Sebenarnya kes saya ni bukan yang pertama, dah banyak berlaku kes-kes macam ni dengan Fairuz Ramdan Cuma sebelum ni banyak orang memilih untuk mendiamkan diri sahaja.

Bagi saya kalau Fairuz ni ingin betul nak nama dia naik, jaga la customer semua, jangan nak kenakan bayaran tinggi lepas tu buat baju tak berkuliti sampai customer sendiri tak boleh pakai langsung.

Yang benar,

Shasha

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..