Jadi artis menjamin masa depan.. - Rozita Che Wan

Pada: Selasa, 28 Julai 2015
Akui Rozita Che Wan atau Che Ta yang hidupnya sebagai selebriti sudah menjamin sebuah kehidupan yang selesa dan senang. Bahkan pernah mendapat pendapatan RM60,000 sebulan hasil dari lakonan dan beberapa bayaran pengiklanan.

Che Ta berkata demikian ketika menjadi tetamu program hlive! Apa Kata Malaysia?
“Saya harus akui lima tahun pertama menjadi seorang pelakon, saya memang bekerja keras untuk mencari duit bagi menampung kehidupan saya. Tetapi selepas tempoh, ia berlaku sebaliknya pula apabila saya tidak lagi bekerja kerana wang,”

“Niat saya bukan untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya saya mahu masyarakat untuk berasa positif dengan apa yang mereka lihat. Hanya dengan kerja keras dan terus berusaha selain dengan niat yang jujur serta berfikiran positif, semua itu mampu dimiliki,” -Che Ta

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..