Inilah rahsia kebahagian rumahtangga Aaron Aziz.. (5 gambar)

Pada: Selasa, 14 Julai 2015
Inilah rahsia kebahagian rumahtangga Aaron Aziz selama 12 tahun yang diberitahu semalam melalui portal mStar. Iaitu 3 cahaya matanya (Danish Anaqi, 10, Dwi Ariana, 8, dan Dahlia Arissa, 4.) yang dikongsi dengan isterinya, Diyana Halik.

"Hubungan kami tidak pernah diganggu oleh orang ketiga kerana bagi saya kuota untuk berkahwin tiga seperti yang selalu diperkatakan itu sudah dipenuhi oleh tiga orang anak saya.

"Pada saya anak-anak yang membuatkan hubungan kami kuat dan menjadikan saya lebih banyak bersabar,"

"Setiap perkahwinan lima tahun atau 50 tahun sekalipun pasti akan ada masalah, ini kerana setiap perkahwinan akan sampai satu tahap yang akan diuji.

"Begitu juga kami, tapi saya dan Diyana mempunyai sifat yang kontra yang mana saya cepat marah dan kual membebel, manakala Diyana lebih banyak diam dan merajuk yang kadang-kadang sampai seminggu.

"Namun, perjalanan hubungan kami daripda tidak ada apa-apa hingga ke sekarang membuatkan kami lebih menghargai antara satu sama lain,"

"Saya selalu lihat bagaimana hubungan ayah dan ibu saya, jadi saya aplikasikan dalam rumah tangga kami. Ada ramai kawan-kawan yang minta nasihat dan tip untuk mulakan fasa rumah tangga.

"Saya hanya berpegang kepada tiga prinsip iaitu pegang pada cinta, jika tiada cinta kita pegang pada kasih dan jika sudah tiada kasih, kita perlu jaga amanah yang dipertanggungjawabkan," -Aaron Aziz

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..