Hasnul Rahmat akui pegang patung anjing dan Jesus..

Pada: Selasa, 28 Julai 2015

Enggan membiarkan tindakan memuat naik gambarnya memegang patung anjing dan Jesus disalah anggap, Pelakon Tanda Putera, Hasnul Rahmat, 36, memadam entri itu selepas ia menjadi viral.

Hasnul menjelaskan beliau tidak terkejut apabila gambar yang dimuat naik di akaun Instagramnya itu mendapat reaksi negatif oleh banyak pihak. Beliau menjelaskan tindakan beliau hanya dilakukan secara spontan tanpa maksud tertentu atau mahu menimbulkan kontroversi.



"Semuanya bermula dengan blog yang memanaskan isu gambar itu. Sebenarnya ia sekadar patung di salah sebuah kafe milik rakan saya di Singapura.

"Tidaklah sehingga terpesong agama seperti yang didakwa kerana saya masih tahu batas-batas sebagai seorang Islam. Tohmahan yang dilemparkan juga tidak berasas kerana dilakukan tanpa usul periksa,

"Apa salahnya bertanya terlebih dahulu kepada saya. Bagi mengelakkan kekeliruan ini terus berpanjangan dan menimbulkan pelbagai telahan lebih baik saya padam.

"Saya tidak mahu orang ramai terus membuat dosa 'kering' dengan menghamburkan cacian di dalam laman sosial Instagram," -Hasnul kepada BH Online.

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..