Erra Fazira beri hint redha dapat suami muda.. Shahir?

Pada: Khamis, 30 Julai 2015
Baru-baru ini Erra Fazira memberikan hint yang dia redha jika dia bakal bercinta dan seterusnya berkahwin dengan lelaki lebih muda dari usianya.

Hint ini memberikan petunjuk yang korang sudah agak dari dahulu kan, siapa yang dimaksudkan Erra ni. Kalau betul, semoga mereka berdua bahagia.
“Tidakkah soal jodoh itu di tangan Tuhan. Lihat sahaja bagaimana Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang berbeza peringkat usia tetapi kini sedang mengecap bahagia. Sejarah Islam sendiri melihat bagaimana Rasulullah SAW berkahwin dengan isteri pertamanya Siti Khadijah yang lebih berusia”

“Usia itu bersifat subjektif. Pokok pangkalnya sekarang, doakan yang terbaik untuk saya. Andai ditakdirkan bercinta dengan lelaki mdua sekali pun, saya tak mampu melawan kehendak takdir,” ujar Erra Fazira

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..