Corak baju Izreen Azminda ada salib?

Pada: Khamis, 16 Julai 2015
Izreen Azminda telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama-sama dengan ahli kelab peminatnya, Izreen Azminda FC pada 11 Julai lalu di Silka Hotel Cheras. Untung peminat-peminat Izreen Azminda kerana sudi meluangkan masa dan sporting menghargai sokongan dari peminat beliau.

Pada majlis berbuka puasa tersebut, Izreen Azminda telah mengenakan busana dari butik Istana Puteh yang direka oleh saudara Boboy. Namun, motif rekaan busana tersebut dikatakan menyerupai tanda salib oleh segelintir peminat dan mereka mempersoalkan tindakan Izreen dan pereka yang dilihat kurang sensitif. Peka dengan isu yang timbul, Boboy tampil menjelaskan isu tersebut dan menganggap hanya salah faham dan sempat berterima kasih pada yang memberikan maklumbalas.


boy_boy89 ISU SALIB DI BAJU??

Pasti ada yang jatuh cinta dengan baju yang dipakai oleh @izreenazminda semasa Majlis Iftar bersama IzreenAzminda dan Anak Yatim yang diorganisekan oleh @izreenazmindafc pada 10/7/2015 lepas.. Dan kami pasti ada yang memberi pendapat serta mengkritik bahawa corak | motif di baju izreen itu seakan-akan salib. Pihak istana puteh berterima kasih dengan sensitiviti tuan2 dan puan2 sekalian... Walau bagaimanapun, untuk makluman semua.. baju ini jika di 'zoom' dan diperhatikan pada bahagian finishing dan motif bunga baju tersebut, ianya tidak serupa sama sekali.

Salib berbentu 't' itu tidak sama dengan motif bunga songket tabur yang kami buat seperti bentuk ini "+". Kedudukan palang melintang pada salib berada di atas sedikit berbanding dengan bunga tabur songket yang berada di tengah2... Sila perhatikan semula kedudukan bunga2 di baju tersebut.. Di kesempatan ini juga.. kami ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada team @izreenazmindafc yg telah berjaya menganjurkan majlis Iftar tersebut.

boy_boy89Bentuk Salib yang Dihapus, Apakah Termasuk Tanda Plus?

Bentuk salib beraneka ragam. Bentuk berbagai macam salib bisa dilihat di Wikipedia.
Kalau bentuk salib beraneka ragam, lantas bentuk manakah yang dihapus?

1- Kalau bentuknya sebagaimana yang sudah masyhur saat ini yang ada di berbagai gereja dan dikenakan pula oleh orang Nashrani yaitu ada dua garis yang dibentuk, ada di sisi panjang dan ada di sisi lebar, di mana dua garis tersebut disilangkan dan bagian atas lebih pendek dibandingkan bawahny, inilah yang wajib dihapus atau diubah bentuknya menjadi tidak seperti salib.

2- Kalau bentuknya tidak nampak dan tidak dimaksudkan untuk salib, seperti palang untuk bagian bangunan yang dirancang oleh para insinyur, atau tanda penambahan (plus) dalam matematika, seperti itu tidak wajib untuk dihapus dan tidak termasuk dalam larangan jual beli karena illah (sebab) larangan sudah ternafikan (sudah tidak ada). Di situ tidak ada lagi maksud tasyabbuh dan mengagungkan simbol-simbol mereka. Intinya, tanda seperti itu tidak teranggap sebagai salib. (Keterangan dari Syaikh Muhammad Shalih Al Munajjid dalam Fatwa Al Islam Sual wal Jawab no. 121170)

Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah berkata,
أما ما ظهر منه أنه لا يراد به الصليب ، لا تعظيما ، ولا بكونه شعارا ، مثل بعض العلامات الحسابية ، أو بعض ما يظهر بالساعات الإلكترونية من علامة زائد ، فإن هذا لا بأس به ، ولا يعد من الصلبان بشيء

“Adapun sesuatu yang nampak namun bukan dimaksudkan untuk salib, simbol tersebut tidak diagungkan, juga bukan sebagai syi’ar seperti tanda tambah (plus) dalam perhitungan matematika, begitu pula simbol pada jam elektonik, seperti itu tidaklah masalah dan tidak teranggap seperti salib” (Majmu’ Fatawa wa Rasail Ibnu ‘Utsaimin, 18: 114-115, jawaban soal no. 74)

Dari penjelasan di atas nampak jelas bahwa tanda plus (+) bukanlah salib yang diperintahkan untuk dihapus, termasuk juga di sini adalah tanda + yang menjadi simbol palang merah. Wallahu a’lam bish showab.

Mari kita lihat gambar-gambar sekitar majlis berbuka puasa Izreen Azminda dan kelab peminatnya. Apa kata anda?

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..