Anak kecil Che Ta memakai barangan kemas..

Pada: Khamis, 16 Julai 2015
Akui Rozita Che Wan aka Che Ta yang anak perempuannya, Aasiyah Dhia kini memakai barangan kemas seusianya lapan bulan adalah hanya pemberian daripada peminatnya bukan dibeli oleh Che Ta memetik laporan mStar semalam.

Peminat berkenaan merupakan wanita dari Kelantan yang juga stokis untuk produk wangian. Che ta menjelaskan hal ini akibat dikritik oleh pengikutnya kerana dikatakan satu pembaziran yang belum sesuai untuk anak seusia itu.

"Wanita berkenaan pada awalnya menghubungi saya untuk menjadi stokis tetapi dia kemudiannya memberitahu ingin menghadiahkan barangan kemas berupa cincin, rantai tangan dan kaki untuk Aaisyah.

"Saya keberatan untuk menerima pada awalnya tetapi dia bersungguh-sungguh mahu menghadiahkan dan sebab itu saya terima,"

"Itu adalah hadiah daripada peminat dan saya pakaikan sebagai menghargai pemberian tersebut tambahan pula kalau disimpan nanti bila dia dah besar tidak muat pula," -Che Ta

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..