Tumpang simpati terhadap isteri Ezad Exist..

Pada: Selasa, 16 Jun 2015
Isteri Ezad Exist, Nor Azeana Ramli kini disahkan menghidap penyakit kanser dan sedang hamil 5 bulan. Azeana sering mengadu sakit perut ketika mereka menunaikan Umrah pada tahun lalu dan telah menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dimana satu ketumbuhan dikenalpasti. Walaubagaimanapun, isterinya sudah menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut.
Zeana mengadu sakit perut sewaktu mengerjakan umrah dengan saya Februari lalu. Dia kemudian menjalani pemeriksaan di Hospital Ampang dan disahkan ada ketumbuhan. Seminggu kemudian dia menjalani pembedahan membuang ketumbuhan sebesar kepala bayi.

Ingatkan selepas itu keadaanya akan pulih, tapi sakit lagi. Apabila dirujuk semula kepada doktor, kami terkejut apabila diberitahu dia (isteri) mungkin menghidap kanser GIST. Doktor mahu Zeana buat imbasan, tetapi akan ada kesan sampingan pada kandungan.
Walaupun sedang menghidapi penyakit yang agak serius dan berbahaya, isterinya nekad mahu melahirkan anak kedua mereka dan berharap akan berlaku keajaiban penyakit tersebut akan hilang setelah anak mereka dilahirkan.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka berdua menghadapi dugaan ini. Amin.

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..