Sebab Erra Fazira kini bertudung..

Pada: Khamis, 4 Jun 2015

Erra Fazira mengakui yang dia kini mengambil keputusan memakai tudung namun tidak mahu orang bercakap-cakap mengenai perubahannya selepas ini.

Keputusan Erra bertudung sangat bermakna dengan memilih hari Nisfu Syaaban, Isnin lalu.


"Kita sepatutnya mendoakan dan saya percaya perlahan demi perlahan saya dan mereka (yang berhijrah) akan melakukan perubahan mutlak. Janganlah hentam yang teruk benar. Menegur tidak salah, tetapi biarlah berhemah. Yang penting penghijrahan itu dalam diri,"

"Alhamdulillah... Allah bukakan hati ini. Sebenarnya sudah lama dah (hasrat mahu bertudung), tetapi rasa itu terpanggil kuat apabila masuknya Nisfu Syaaban.

"Dah tak mahu fikir-fikir panjang dan mencari alasan lagi, laksanakan terus niat itu," -Erra petikan portal mStar

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..