Saya sudah hilang sabar! -Sharifah Shahora dedah identiti wanita penganggu

Pada: Isnin, 8 Jun 2015

identiti wanita ganggu rumah tangga Sharifah Shahora
Sharifah Shahora menjelaskan yang dia ada sebab tersendiri untuk memuat naik bukti kecurangan suaminya, pengarah Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin di laman sosial.


Keputusan untuk berkongsi bukti itu kepada umum diambil kerana apa yang berlaku sudah melampaui batas kesabarannya sebagai seorang wanita. “Selama ini saya tidak pernah keluarkan kisah rumah tangga saya namun tindakan itu diambil kerana saya sudah hilang sabar. Jalan ini adalah yang terbaik bagi menghentikan kecurangan suami saya dengan wanita itu.

identiti wanita ganggu rumah tangga Sharifah Shahora
“Saya tak mahu malukan diri sendiri dan aibkan suami, ..tapi saya terpaksa. Bukan kerana saya tidak berbincang secara baik dengan suami namun perkara ini berlarutan selama beberapa bulan.

“Memang hubungan saya dan suami panas buat masa ini. Saya perlukan masa untuk memikirkan perkara ini namun kami berdua masih lagi tinggal sebumbung,” kata Shahora kepada BH Online.
Tambah Shahora, orang ketiga yang menjadi punca keretakan rumah tangganya itu sudah minta maaf secara umum di Twitter.
“Saya rasa diri saya tertipu kerana sebelum ini, wanita itu turut mengajar suami saya untuk memadamkan perbualan mereka di telefon. Itu membuatkan saya lebih sakit hati kerana mereka merancang menipu saya dan saya rasa seperti diperbodohkan.

“Alhamdulillah, hari ini wanita itu memohon maaf secara terbuka di Twitter atas permintaan saya, walaupun pada awalnya dia agak keberatan. “Saya tidak tahu apa tindakan seterusnya kerana saya begitu terluka.
Malah saya juga rasa seperti mereka merancang permohonan maaf ini. Saya perlukan masa untuk berfikir,” katanya. Sharifah Shahora dan Raja Mukhriz berkahwin pada 26 Oktober 2008 dan belum dikurniakan anak. Mereka ada seorang anak angkat lapor Bharian.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..