Punca Siti Nordiana belum berkahwin lagi..

Pada: Isnin, 15 Jun 2015

Anak Siti Nordiana atau Nana kini yang berusia 7 tahun, Muhammad Rayyan Nakhaie mengakui enggan ibunya itu kahwin lagi. Anaknya inilah menjadi punca sebenar kenapa Nana belum lagi berhasrat untuk berkahwin lagi.


“Saya rasa salah satu sebab mengapa saya tidak berkahwin lagi sehingga sekarang adalah sebab anak saya. Dia sendiri tidak boleh terima jika saya berkahwin dan ada lelaki lain yang mendekati saya. Mungkin dia kecil lagi dan banyak perkara yang dia tidak paham lagi”

“Kerana dia selalu rasa bapanya masih ada walapun dia sendiri sudah tahu yang bapanya sudah kembali ke rahmatullah. Jadi sehingga kini saya belum fikir untuk berumahtangga lagi kerana bukan senang untuk seorang lelaki hendak menerima saya bersama anak saya”

“Apa yang penting sekarang adalah anak saya, tentang jodoh saya serahkan kepada Tuhan,”

“Saya akui bukan mudah hidup sendiri ni. Lebih sukar apabila saya terpaksa membesarkan anak saya sendiri tanpa panduan seorang suami atau bapanya. Namun saya ambil ini sebagai cabaran hidup saya,” -Nana petikan portal Murai

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..