Punca anak Che Ta dipanggil bengang!

Pada: Selasa, 9 Jun 2015
Baru-baru ini Rozita Che Wan telah membawa keluarganya ke London untuk bercuti sambil menjalankan sesi fotografi untuk promosi keluaran clothing line beliau yang terbaru dengan kerjasama Annas Easkey. Namun bukan itu yang ingin diperkatakan di sini. Anak sulung Cheta, Ammar Effendy yang turut serta dalam rombongan percutian tersebut tidak kurang hebatnya berposing sakan di London, sambil tayang six pack pula tu!


Gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Ammar Effendy menerima reaksi yang pelbagai daripada pengikut-pengikutnya, ada yang teruja dengan kesadoan Ammar dan tidak kurang juga ada yang kurang senang dengan posing sebegitu. Biasalah ramai pengikut, banyaklah ragamnya. Mungkin Ammar juga kini sedang berjinak-jinak untuk mengikut jejak langkah ibunya untuk bergelar model.

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..