Pernikahan Hanis Zalikha, Hairul Azreen, Wang hantaran RM91,019.90! (5 gambar)

Pada: Jumaat, 5 Jun 2015
Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha, 24, sah bergelar isteri kepada pelakon, Hairul Azreen, 27, tepat jam 3.50 petang tadi.

Mereka dinikahkan bapa Hanis, Zainal Rashid Mohd Zain, 57, disaksikan Imam 2 Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Ustaz Mohd Syuhud Razali yang diadakan di kediaman pengantin perempuan di Bukit Jelutong.


Pada majlis itu Hanis menerima mas kahwin RM300 serta wang hantaran RM91,019.90 dan 11 dulang hantaran. Pihak Hanis membalas dengan 11 dulang.

Majlis dihadiri ahli keluarga terdekat kedua mempelai, teman rapat serta wakil media.

Turut hadir beberapa rakan artis, termasuk Dafi, Zoey, Hafizul, Alam Wakaka dan Mat Redha sebagai pembawa dulang hantaran pihak Hairul.

Turut kelihatan Yasmin Hani, Diana Danielle, Datin Nina Juren, Sari Yanti dan ramai lagi.

Majlis persandingan mereka akan diadakan malam esok di lokasi sama. -Hmetro | gambar Bharian


Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..