Perkahwinan Hairul, Hanis riak dan menunjuk?

Pada: Jumaat, 12 Jun 2015
Pelakon Hairul Azreen Idris terkilan apabila kemampuannya ber­belanja besar untuk majlis perkahwinan dengan pengacara dan pelakon Hanis Zalikha Zainal Rashid, Jumaat lalu dipertikai peminat.

Hairul, 27, berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia dilakukan mengikut kemampuan diri dan seikhlas hati.
“Saya tidak faham apabila ada segelintir pihak mempersoalkan wang hantaran dan majlis pernikahan saya sedangkan tetamu yang hadir semuanya gembira.

“Apa juga perbelanjaan yang diperuntukkan untuk majlis saya dan Hanis adalah hasil kerja keras saya.

“Berapa pun jumlahnya mestilah dalam kemampuan saya. Jadi, kenapa harus pertikai?” katanya
Wang hantaran berjumlah RM91,019.90 yang diberikan Hairul kepada Hanis, 25, dikatakan menjadi punca segelintir pihak menganggap pasangan ini mahu menunjuk-nujuk dan riyak.

Hairul bagaimanapun menegaskan tidak pernah terlintas di hati untuk menunjuk-nunjukkan malah tidak menyangka keikhlasannya terhadap isteri tersayang disalah erti.
“Janganlah pertikai majlis kami. Macam saya cakap tadi segala perbelanjaan me­ngikut kemampuan saya dan tiada niat sedikit pun untuk menunjuk-nunjuk.

“Apa yang saya belanjakan adalah hadiah ikhlas buat isteri dan keluarga.

“Kalau saya tak mampu takkanlah saya berani mengeluarkan belanja sebesar itu. Doalah yang baik-baik buat saya dan Hanis, itu lebih molek daripada membangkitkan isu yang tidak perlu,” katanya

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..