Pengalaman pertama berpuasa di Los Angeles sangatlah.... - Lana Nordin.(4 gambar)

Pada: Isnin, 29 Jun 2015
Buat pertama kalinya Lana Nording dan suaminya, Mohd Daud telah melakukan ibadah puasa di Los Angelas, Amerika Syarikat sekitar 20 Jun yang lalu. Berpuasa di sana memakan masa selama 15 jam sehari dengan keadaan cuaca yang agak panas/kering memetik portal Hmetro.

Syawal nanti kemungkinan juga Lana tidak pulang ke Malaysia.

“Cuaca di Los Angeles agak kering, jadi sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan dan situasi mereka yang berpuasa. Sudah beberapa hari ini saya cuba membiasakan diri, begitu juga dengan Daud.

“Cuma dalam situasi sekarang, saya sangat kasihankan Daud kerana terpaksa mengikuti beberapa siri pertandingan bola tampar pantai yang dianjurkan bagi membolehkan dia layak mewakili AS.

“Walau susah sekali pun, saya cuba memujuk Daud untuk bertahan,”

“Paling penting, saya harus memastikan dia be­sahur. Sebagai atlet yang biasa menjalani hidup aktif, sudah tentu tanpa sedar dia akan mudah haus dan lapar.

“Benar jangkaan saya, hari pertama Daud mengadu kepada saya yang dia tidak lapar tetapi tidak dapat menahan rasa dahaga. Alhamdullilah, dia berjaya juga mengharungi cubaan pertamanya dan hari berikutnya,”

“Bagaimanapun, tahun ini mereka harus menyambutnya tanpa saya. Pandai-pandailah mereka nanti. Cuma saya mengharapkan sebelum Syawal berakhir, saya dan Daud punya kesempatan untuk pulang dan menyambut Aidilfitri bersama keluarga saya,” -Lana

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..