Pelanggan komen kafe mahal, ini komen Nora Danish...

Pada: Selasa, 16 Jun 2015
Fenomena makanan naik harga di sesetengah kedai makan terutama restoran kini menjadi semakin viral. Tidak ketinggalan kafe milik Nora Danish, kafe Kopi & Xoxo yang dikatakan pelanggannya agak mahal.

Nora pada mulanya menafikan harga di kafenya mahal, namun selepas itu mahu meminta para pelanggannya untuk memahami perbelanjaan sewa yang dikatakan mahal seperti komennya di portal mStar semalam.

Jadi tolak tambah kira kira, harga berpatutan dengan kualiti yang terbaik dari ladang! keke.
“Sebenarnya harga makanan dan minuman di kafe Kopi & Xoxo itu tidak begitu mahal dan orang ramai juga harus faham kerana ia terletak di Bangsar jadi kami harus menanggung kadar sewa yang agak tinggi”

“Barang-barang digunakan juga berkualiti jadi harga yang dikenakan bersesuaian dengan lokasinya,”

“Kami bukan nak kejar untung semata-mata kerana perniagaan ini dibuat sekadar suka-suka jadi keuntungan yang diambil sebenarnya tidak banyak. Jadi harga yang dikenakan amat berpatutan dan ia amat sesuai kepada pelanggan,” -Nora

Tag : , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..