Marissa Dania buat kejutan buat Norman Hakim...

Pada: Rabu, 24 Jun 2015
Apa yang membahagiakan hati seorang ayah apabila anaknya membuat kejutan yang tidak disangka-sangkakan. Inilah yang terjadi kepala pelakon Norman Hakim apabila menerima kejutan daripada anak perempuan keduanya, Marissa Dania Hakim berusia 10 tahun.

Norman telah berkongsi kegembiraan itu di laman Intagramnya. Dania telah menyoal bapanya, Iqra apa yang gunakan olehnya.
“Si cantik manis papa#MarissaDaniaHakim buat mata papa 'masuk habuk' jew pagi2 nih.. .

Dania: Papa..papa tawu tak adik Iqra pakai apa sekarang? .

Papa: Mesti la pakai Iqra cayang... .

Dania: Papa tengok adik pakai apa eh (sambil bawak keluar something dari zip depan beg)...Jeng!!!Adik pakai..aaa...Muqaddam!Haa...Muqaddam papa masa papa darjah empat dulu...hehhehe...boleh ye pa? .

Papa: Allahuakbar dikkk! Adik dapat kat mana Muqaddam papa ni?! .

Dania: Adik jumpa kat rumah Tok Mak masa pergi Kuantan hari tu...Adik cantik2kan tampal selotape,lepas tu mana yang renyok,adik gosok.Cantik tak pa? .

Masha allah! Terkedu saya.Hiba pun ye,happy pun ye.Muqaddam yang saya pakai masa darjah 4! Saya ambik,saya junjung,saya cium Muqaddam tu...otomatik baunya imbas balik momen 29 tahun lepas, masa saya Darjah 4 dulu (1986),sama darjah mcm#MarissaDaniaHakim sekarang .

Papa: Pakailah cayang...roh papa,doa papa & restu papa akan selalu ikut adik dalam Muqaddam ni... .

Dania: Tq papa...! .

Selamat menjalani ibadah puasa untuk hari yang lebih baik dari hari semalam ye semua :)”

Siapa yang tidak sebak apabila sesebuah buku yang sudah lama tidak digunakan tetapi dijumpa oleh anak kesayangan. Lagi terharu apabila anak sendiri yang tampalkan semula Muqaddam yang telah terkoyak itu supaya tampak lagi elok dan mudah untuk digunakan seperti sediakala. -Era FM

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..