Kahwin? sebab utama Elfira Loy bertudung? (5 gambar)

Pada: Jumaat, 26 Jun 2015
Umum mengetahui yang Elfira Loy sudah memakai tudung sejak bulan Mac yang lalu. Namun tidak diketahui sebab mengapa dia berbuat demikian.

Ada desas desus mengatakan dia berbuat demikian kerana hendak berkahwin semata-mata. Namun Elfira menafikan hal itu kerana tujuan bertudung itu sebenarnya datang pada diri sendiri.

“Saya masih muda dan tujuan berubah itu adalah atas diri sendiri. Ini yang saya nak dan nantikan. Alhamdulillah, hasrat bertudung ini dipermudahkan ketika sambutan hari lahir yang ke 21 tahun yang lalu. Apa yang dilakukan ini sepatutnya saya buat dari dahulu lagi”

“Cuma pandangan orang terhadap saya lebih positif. Saya rasa lebih selamat dan yakin. Ia umpama fasa baharu dalam hidup saya. Saya juga tidak terlalu berjaga-jaga atau teragak-agak dalam tanggapan orang di luar sana yang pantas menjatuhkan hukuman selepas hijrah ini,” -Elfira

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..