Izzue Islam buat kejutan di hari jadinya (2 gambar)

Pada: Khamis, 4 Jun 2015
Izzue Islam Jadi Bugs Bunny Demi Isteri Tercinta
Izzue Islam sanggup menyarungkan kostum watak kartun popular Bugs Bunny ketika majlis sambutan hari jadi ke-25-nya pada malam Selasa.

Memetik Portal Murai, Izzue akui rela memakai kostum arnab tersebut kerana ingin membuat kejutan kepada isteri yang juga pengurusnya, Awin Nurin.
“Awin suka tengok maskot, setiap kali ternampak maskot dia mesti kata benda tu comel, jadi hari ini saya sarung kostum untuk beri kejutan kepada dia.
Izzue Jadi Bugs Bunny Demi Isteri Tercinta
“Ia juga sebagai tanda saya mengargai usaha isteri terhadap saya selama ini. Isteri saya banyak membantu saya, terutama dalam kerjaya lakonan dan nyanyian, kiranya saya jadi Bunny antara cara untuk mengembirakan hatinya.
Selain itu, Izzue Islam turut menghadiahkan seutas rantai kepada Awin sebagai simbolik kasih dan sayang sebagai suami isteri.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..