Erma Fatima, Bade cerai hari ini?

Pada: Khamis, 11 Jun 2015
Dengar khabar memetik laporan mStar semalam, yang Erma Fatima bakal bercerai dengan suaminya Badaruddin atau Bade pada hari ini, Khamis.

Mereka akan memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gomak Timur, Keramat.

Erma tampil mengakui hal itu tanpa menafikan kedatangannya hari ini.
“Kita jumpa esok (Khamis). Kalau ada esok… adalah…” -Erma
Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1990. Mereka memiliki 5 anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 22, Ahmad Arir, 20, Ahmad Aifin, 18, Citra, 13 dan Nurain, 9  tahun.

Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida.

Tag : , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..