Bila Ramadhan, Siti Sarah bertudung..Lepas Ramadhan?

Pada: Khamis, 25 Jun 2015
Isteri pelawak Shuib Sepahtu, Siti Sarah Raisuddin kini dah bertudung. Namun akui Sarah ini bukan kali pertama dia bertudung pada bulan Ramadan, tapi sudah dilakukan pada tahun-tahun yang lalu.

Ini dibuat untuk menghormati kedatangan bulan Suci memetik laporan portal Murai semalam.

"Sebenarnya setiap Ramadan memang saya lebih selesa berhijab bagi menghormati bulan mulia ini. Malah sudah beberapa tahun saya begini.

"Tak sangka pula tahun ni ada media yang notis dan bertanyakan hal ini. Saya terus terang tak berani dan tak tahu nak cakap dan komen apa tentang imej ini.

"Ianya memang datang secara semula jadi, bila Ramadan. Jadi saya tak berani nak kata apa bimbang nanti ianya tidak kekal pula bila tamat Ramadan.

"Lagipun berhijab dan menutup aurat ini satu perkara yang besar bukan setakat bertudung tetapi dalam masa yang sama tidak memakai pakaian yang ketat dan singkat, jadi saya tak mahu ianya jadi perkara yang boleh dibuat main-main," -Siti Sarah.

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..