Bade enggan bercerai dengan Erma...

Pada: Rabu, 17 Jun 2015
Rumahtangga Erma Fatima dengan suaminya, Bade telah hampir musnah apabila Erma memfailkan perceraiannya minggu lalu.

Kini Bade tampil menjelaskan rumahtangga yang dibina 25 tahun itu bukan untuk dimusnahkan, malahan dia berkahwin lagi satu bukan untuk bercerai.
“Saya tidak pernah melafazkan apa-apa pun, setuju nak bercerai jauh sekali. Seharusnya perkara ini dibawa berbincang. Saya bukannya budak kecil dan jenis suka melenting”

“Kepada dua-dua isteri, saya nak beritahu. Saya berkahwin bukan untuk bercerai. Namun, jika takdir menentukan salah seorang atau kedua-dua sekali bukan lagi jodoh saya, apa pun keadaan, bukan kuasa saya. Erma mahupun Aida tahu saya berkahwin bukan untuk bercerai,” -Bade

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..