Amy Mastura kini dah bertudung (2 gambar)

Pada: Jumaat, 5 Jun 2015
Selepas Erra Fazira, Amy Mastura turut terbuka hati untuk bertudung mulai semalam. Hal itu diketahui menerusi Instagram jurusoleknya, Alha Alfa.

"Sudah lama saya berniat ke arah ini tapi Alhamdulillah semuanya jadi tanpa paksaan sesiapa. Saya tidak merancang tetapi ini kewajipan saya sebagai wanita Muslim.

"Ikutkan saya merancang untuk semua ini sempena mengambil keberkatan Ramadan tapi pintu hati saya terbuka lebih awal.

"Perkara yang baik tak perlu ditangguh tangguh," katanya.

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..