Amar, Amyra kahwin November ini?

Pada: Selasa, 2 Jun 2015
Dengarnya khabar angin yang Amyra dan Amar Baharin akan bernikah pada bulan November ini. Khabar angin ini mula timbul apabila melihat keakraban mereka berdua di set lokasi dan di luar lokasi.

Dan ini jawapan Amar mengenai khabar angin itu.. betul atau sebaliknya.
"Fasal kami dikatakan akan bernikah November itu, memang buat saya terkejut. Dulu pernah bertebaran cakap kami akan berkahwin hujung tahun dan kali ini, siap ada bulan yang tepat pula.

"Orang yang menyebarkan cerita ini nampaknya seperti lebih tahu segala-galanya. Tapi ia memang tak benar. Kalau saya nak kahwin sekalipun, pasti saya akan maklumkan. Benda baik takkan tak nak beritahu," kata Amar petikan BHarian Online

Tag : , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..