Zamarul Hisyam rujuk kembali Diana Rafah esok!

Pada: Rabu, 13 Mei 2015
Tahniah lah kan, akhirnya Diana Rafah dan Zamarul Hisyam memilih 14 Mei ini akan esok untuk merujuk kembali. Namun mahkamah tempat mereka melafazkan rujuk itu dirahsiakan daripada media.

Mari baca ulasan mereka memetik portal Bharian semalam.

"Alhamdulillah ikatan jodoh masih kuat. Ada hikmah di sebalik perceraian kami. Setiap apa yang terjadi membuatkan saya dan dia lebih bersyukur dan menghargai hidup.

"Kami juga tidak ambil kesempatan di atas perpisahan ini untuk mencari pengganti atau hidup bebas. Apa yang terjadi menjadi ruang kami memperbetulkan keadaan menjadi lebih baik daripada sebelumnya.

"Ruang ini juga menjadi landasan untuk silaturahim yang terputus itu bercantum kembali. Termasuk mengatasi masalah kecil supaya tidak terus melarat.

"Akhirnya ia juga bertitik tolak kepada niat kami untuk kembali mengecap bahagia bersama. Belum tentu kalau kami ada orang lain, orang kedua mahupun ketiga itu akan jadi lebih baik daripada yang pertama," -Zamarul
"Jodoh pertemuan, ajal maut semua atas-Nya. Kita merancang tapi tak mampu menandingi kuasa Tuhan. "Alhamdulillah jodoh kami masih panjang untuk kembali bersama. Kalau berusaha sebanyak mana pun, kalau Tuhan sudah tak izinkan maka tak jadi juga," -Diana Rafah

Tag : , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..