Zamarul, Diana sah suami isteri semula (gambar & video)

Pada: Jumaat, 15 Mei 2015
Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam semalam mengesahkan lafaz rujuk yang dibuat aktor Zamarul Hisham terhadap isterinya, Diana Rafar pada 14 Februari lalu kira-kira sebulan selepas mereka bercerai.

Diana selaku plaintif dalam kes berkenaan memberitahu Zamarul melafazkan rujuk secara lisan di rumah mereka di sini kira-kira pukul 11.30 malam tarikh berkenaan.
"Adiana Bt Abdul Rafar aku merujuk kamu semula," kata Diana ketika ditanya lafaz rujuk tersebut.
Menurut keterangannya di mahkamah, Diana memberitahu, Zamarul melafazkan cerai terhadapnya pada pukul 1.40 pagi di kediaman mereka.

Zamarul, 44, dan Diana, 33, yang hadir ditemani ahli keluarga masing-masing tiba di perkarangan mahkamah kira-kira pukul 2.30 petang.

Dalam pada itu, Mohd Hisyam memerintahkan lafaz rujuk pasangan itu didaftarkan di kaunter mahkamah. -mStar

Tag : , , , , , , , ,

Komen Anda..

-komen dengan berhemah. terima kasih.
-sila refresh page (F5) untuk komen terbaru..